Ya ilahi, muhammad Al husayn
In a night from the nights
I don't know what happened to me
a darkness invaded me O Lord
the Earth narrowed and the sky
And my heart didn't know the light
And the tear started to cry... O my God!
I disobeyed and the sin is great
And I'm a prisoner in my own sorrow
I'm tied into my sin O Lord
So do I deserve, O My God, forgiveness as a criminal?
Admitting my sins O My God
You're the one who created me
You had mercy on me and provided for me
O God you've been always with me
But I'm the one who turned my back on you
I forgot what was yours
I forgot what was yours
You're the one who created me
You had mercy on me and provided for me
O God you've been always with me
But I'm the one who turned my back on you
I forgot what was yours
And I walked on my own path O my God
And today I come back my Lord
From a darkness beyond the limits
So the heart is broken and I'm confused
And I'm the drowned one and I can't see a savior for me except You
No fleeing from you and no asylum except You!
very good words to replenish back our weary soul. its nice listening to this song ^ ^. nice music too.
http://www.youtube.com/watch?v=5E3eXoM7y0s
Friday, May 02, 2014
Monday, February 10, 2014
pemikiran
Bismillah,
Dalam entri kali ini saya menulis dalam bahasa melayu berbanding dengan entri sebelum ini yang ditulis dalam bahasa inggeris. (malas pulak nak pikir dalam inggeris) kali ini saya ingin berkongsi beberapa pemikiran negatif yang kadangkala memberi kesan yang buruk kepada diri kita ataupun mereka yang berada disekeliling kita. entri kali ini saya ambil daripada buku yang ditulis oleh dr tom mulholland didalam bukunya yang bertajuk the power of healthy thinking. didalam buku ini beliau mengumpamakan pemikiran itu kepada sebuah pekerjaan. terdapat 10 cara berfikir yang dinyatakan didalam buku ini. insyaallah didalam entri kali ini saya ingin berkongsi satu sifat atau pemikiran yang tidak patut atau patut ada pada kita.
Penghakim
perumpamaan bagi penghakim didalam diri manusia adalah melabel orang lain, termasuk dirinya sendiri sama ada baik atau buruk. Kenyataannya adalah kita adalah manusia, dan manusia sering melakukan kesalahan. Percaya atau tidak didalam diri setiap insan mesti mempunyai perasaan untuk menambah baik dan melakukan yang lebih baik. Dengan kerana kita melakukan kesilapan tidak bermakna kita bodoh, loser, dan sebagainya. Tidak, itu cuma bermakna kita telah melakukan sebuah kesilapan.
Mengapa kita perlu berlaku zalim kepada diri sendiri dan orang lain? Didalam sesetengah keadaan, kita menghakimi seseorang dan kita merendahkan orang lain hanya kerana untuk memuaskan perasaan kita dan merasakan diri kita lebih baik.
Jangan melabel sesiapa pun termasuk diri kita sebagai contoh bodoh, tidak berguna dan sebagainya. Dimanakah kebaikannya? lihat disekeliling kita... pasti ada orang yang berjaya dalam hidup mereka, mereka juga manusia sama seperti kita dan mereka juga pasti pernah melakukan kesilapan. Cuba anda bayangkan jika mereka melabelkan diri mereka bodoh atau tidak berguna nescaya mereka tidak akan berjaya atau peroleh apa yang mereka dapat seperti sekarang. Melabel diri sendiri hanya seperti membuat alasan untuk tidak mencuba lagi. Ingatlah bahawa kejayaan itu terletaknya bagaimana kita menghadapi disetiap kegagalan yang kita lakukan.
1. Wahai orang-orang yang beriman!
2. Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
3. dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
4. dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
5. dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.
6. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
( surah al-hujrat ayat 11)
DR tom mulholland mengkaji dan belajar sampai peringkat yang tinggi dan belajar melalui pengalamannya. sedangkan didalam al quran telah pun ditulis dan Allah melarang kita daripada mencemuh atau merendah-rendahkankan orang lain seperti sifat penghakim yang ditulis didalam buku ini. so, janganlah kita jadi penghakim walaupun nama kita hakim.
Lawan bagi penghakim ini adalah peguam bela. kita semua sebenarnya mempunyai pemikiran seperti peguam bela . Peguam bela akan mempersoalkan setiap pertuduhan yang dilemparkan kepada klien mereka. Jadi, apabia kita ingin melabel diri kita ataupun orang lain dengan label yang negatif kaji dan persoalkan - cari bukti. jadi, kalau rasa tiba-tiba nak jadi penghakim jadi peguam bela dahulu.
sumber: the power of healthy thinking, dr tom mulholland
Subscribe to:
Posts (Atom)

