Assalamualaikum....insyaAllah saya nak berkongsi sedikit daripada apa yang saya baca dalam sebuah buku...terusik jugak hati ni bile membace setiap ayat yang ditulis..dalam kite membuat amal pun ada ujian...ada yang cube untuk membuatkan amal kita itu tidak diterima..iaitu nafsu dan bisikan syaitan...rasa macam tak layak pulak untuk mengutarakan tajuk ni tapi insyaAllah semoga ade manfaat untuk diri terutama dan juge sesiape yg membaca..
Takabbur ialah membesarkan diri ataupun berkelakuan sombong dan bongkak. orang yang takabbur memandang dirinya lebih mulia, tinggi pangkat dan istimewa daripada orang lain serta memandang orang lain dengan pandangan hina dan rendah..
Ujub, merasa takjub dan hairan kepada diri sendiri ataupun menyangkakan dirinya lebih baik dan sempurna. perasaan ini timbul kerana tidak merasai setiap kejadian dan ciptaan Allah sebagai anugerah Allah. orang itu merasakan semua itu adalah keupayaan dirinya sendiri..
orang yang bersifat ujub adalah orang yang menyangka dia adalah orang yang lebih sempurna dari segi pelajaran, amalan, kebaikan, kekayaan dan sebagainya. dia juga menyangka orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan..oleh itu, menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain akan terjadi. dia juga lupa dengan kelebihan dan kekurangan adalah daripada Allah.
Riak(menunjuk-nunjuk) ialah memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kerana mengharapkan balasan dunia yang dilakukan secara tidak ikhlas.
Riak berlaku apabila orang itu beramal secara sendirian dan tiada siapa yang tahu. namun dalam hatinya merasa seronok apabila orang lain mengetahui amalan yang dilakukannya secara sendirian. riak juga berlaku apabila orang itu beramal secara sendirian, secara kebetulan dia terdengar kucing melanggar pintu, hatinya timbul rasa senang apabila yang melanggar pintu itu adalah orang supaya orang lain tahu dia beramal secara sendirian...
semoga Allah melindungi kita daripada mempunyai sifat2 sedemikian dalam membuat amalan..amin..ingin kongsi kata2 daripada Syeikh Abdul Qadir Dastuti: " seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu, harta dan jabatan yang dimiliknya sebelum ia selamat melintasi titian sirat. Apa gunanya pujian jika ia tetap terjatuh kedalam neraka pada hari kiamat nanti?"....juga..semoga Allah memberikan keihklasan dalam hati2 kita, mengampuni dosa2 kita dan menerima amal ibadah..amin..



kekadang kita x sedar.. mntak2 jauh..
ReplyDeleteyep... hati kene jage..
ReplyDeletehati... patutlah org selalu sebut.. hati-hati.....
ReplyDeletefirst time post panjang mcm ni. malas plak bace.. exam2...
ReplyDelete