Sunday, January 01, 2012
yakin bro....
tidak mengapa kalau orang lain tidak yakin terhadap diri kita tetapi yang lebih penting ialah kita sendiri yang mesti yakin terhadap diri kita sendiri. orang yang tidak ada keyakinan diri tidak akan berjaya meskipun mempunyai ilmu,rupa, keturunan dan kelulusan yang baik.
kita mestilah fokus untuk memanfaatkan kelebihan berbanding kerisauan terhadap kelemahan kita. kita cuma perlu kenal dimana dan apa kelemahan kita saja, tetapi fokus yang lebih diutamakan adalah pada kelebihan kita.
"manfaatkan kelebihan lebih menjimatkan masa dan tenaga daripada cuba mengatasi kelemahan!!"
seseorang yang mempunyai keyakinan diri sentiasa menjangkakan yang terbaik, bukan sahaja daripada dirinya tetapi juga daripada orang lain. Dia ada masa untuk orang lain.
sebaliknya, seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan terlalu disibukkan oleh rasa bimbang - hatinya selalu tertanya-tanya,"apa yang orang lain fikir tentang aku?", atau ", apakah aku akan gagal math ni!!", tegasnya keyakinan diri dan imej diri yang positif adalah petanda kita mempunyai sikap yang baikk..
-Mukmin Profesional,pahrol mohamad juoi-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


percaya pada diri sendiri..itu yg paling penting.. :)
ReplyDeleteyeah..optimis..
ReplyDeletesunnah nabi
ReplyDeletehadddoo.. talk easi den action aaa
ReplyDelete