Monday, April 23, 2012

pantai klebang

Assalamualaikum...





sedar tak sedar lame dah tak update blog dan lame dah aku berade di sem yang ke-4...Setakat ini, setiap kali hujung minggu, aku memang  ambil masa sedikit sebelah petang untuk menenangkan fikiran, tempat yang selalu dituju sekarang adalah pantai klebang..sebab dekat dengan kolej kediaman..kadang-kadang dalam kesibukan kita berfikir, merancang, bekerja, belajar..kita juga perlu masa untuk diri sendiri, menenangkan fikiran, macam-macam orang macam-macam lah 'skill' dan caranya untuk merehatkan kepala ...bagi aku, aku berminat dengan alam semula jadi.. Memang benar alam ini diciptakan mengikut fitrah. bila melihat rasa tenang. Bunyi deruan ombak,walaupun bunyi itu kuat, berkali kali..tapi ia bukanlah dikatakan bising. Angin yang bertiup menghembus ke seluruh badan dan tidaklah dirasakan menganggu perjalanan. Malah terasa ingin angin itu terus menerus menghembuskan anginnya haa. terasa ingin ia terus menyentuh kulit mukaku,menyusur kedalam celah rambut.... aku juga ingin deruan ombak itu terus berlagu di telingaku. Sungguh tenang. Iramanya mengasyikkan. Irama yang mengalun zikir kepada Si Pencipta.

teringin nak berkongsi kat dalam blog nih antara gambar yang di 'snap'... 


                                                           
.
.
.




                                     


       sahabat aku korrrsemm...^.^
.
.
.
  sunset.....0.0..






Ya Tuhan, telah ku saksikan nikmat-nikmatmu itu. Namun apakah aku masih tidak mensyukuri? Ampunkan daku...


sedikit perkongsian daripada ayat-ayat suci..
 
Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 101.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Yunus ayat 101)



Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 105.
Yang bemaksud: Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya. (Yusuf ayat 105)

p/s: semoga aku menjadi dikalangan orang-orang yang bersyukur, bukan duk tengok je kecantikan kekuasaan Allah tetapi menjalankan tugas sebagai hambaNya InsyaAllah.

7 comments: