mutiara kata yang dipetik semasa mendengar radio ... boleh tahan ..renung-renungkan hakikat belajar.
Belajar untuk diam dari banyaknya bicara.
Belajar untuk sabar dari sebuah
kemarahan.
Aku Belajar mengalah dari suatu keegoan.
Aku belajar
menangis dari kebahagiaan.
Aku belajar tabah dari sebuah kehilangan
Hidup adalah belajar
Belajar mensyukuri meski tak cukup,
Belajar ikhlas meski tak rela,
Belajar taat meski berat,
Belajar memahami meski tak sehati,
Belajar
sabar meski terbebani,
Belajar memberi
meski tak seberapa,
Belajar mengasihi meski disakiti,
Belajar tenang
meski gelisah,
Belajar percaya meski susah
Belajar dan terus belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan
ive never been perfect...neither have u..so keep learning....
Thursday, June 14, 2012
Thursday, June 07, 2012
copy & kongsi
Sekadar renungan dan peringatan bersama, terutamanya tuan badan..
Gambaran manusia yg berdosa di Padang Mahsyar
1. Suka menabur fitnah sesama manusia:
#Berwajah Kera
2. Suka memberi & menerima rasuah:
#Berwajah Khinzir
3. Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman:
#Buta Kedua Belah Mata
4. Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain :
#Pekak Dan Bisu
5. Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya :
#Tubuh Yang Mengalir Nanah & Darah Yang Amat Busuk Serta Menikam Lidahnya Berkali-Kali
6. Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran:
#Badannya Luka Seperti Dihiris
7. Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan:
#Berjalan Terhuyung Hayang Seperti Cacat
8. Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid:
#Berjalan Seperti Mabuk
9. Orang-orang pemakan riba:
#Rupa Badannya Seperti Khinzir
10. Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling:
#Tidak Bertangan dan Tidak Berkaki
11. Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun:
#Wajah dan Badan Seakan Khinzir
12. Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat:
#Perut Dipenuhi Ular dan Kalajengking Yang Sering Menyengatnya
13. Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi:
#Badannya Sangat Busuk Seperti Bau Bangkai
14. Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah:
#Tidak Berlidah Dan Darah Yang Amat Busuk Mengalir Dari Mulut
15. Suka melakukan zina:
#Berjalan Kaki Keatas Dan Kepala Kebawah, Darah Dan Nanah Sentiasa Mengalir Dari Kemaluan
16. Suka makan harta anak yatim:
#Muka Hitam Dan Perutnya Dipenuhi Api
17. Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya:
#Kulit Dipenuhi Penyakit Sopak Dan Kudis
18. Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain2.:
#Giginya Seperti Tanduk Lembu, Lidah Terjelir Hingga Keperut, Najis & Air Kencingnya Sentiasa Menagalir Keluar Dari Kemaluan
Wallahu a’lam
Wednesday, June 06, 2012
exaM flu...flu flu
lucu....haha..macam kene sikit-sikit
study week..study week..haish...kalo la study month kan best wahaha...
dah lame tak study secare serius..^_^..agak payah nak mulekan, kene start dlu enjin, panaskan, baru bole jalan..
bace siket mengantok..susah siket saket kepale...akibat lame tak study >.< ..
SeLaMaT StUdY!!!
keep it up ...
If you fall pick yourself up off the floor (get up)
And when your bones can’t take no more
Just remember what you’re here for
Thursday, May 10, 2012
perantau
Dalam penat lelah seharian kita menjalani kehidupan sebagai student terutamanya, dengan assignment, test, presentation dan segala bagai nya... janganlah jadikan dunia ini sebagai puncak matlamat... jangan tenshen2 sangat >.< .. just be cool .. like this ~*.*~ ..
Daripada Ibnu Umar r.a , Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau dijalanan" (Riwayat al bukhari)
Tuesday, May 08, 2012
hmmph..keep dreaming
Assalamualaikum...
lirik lagu yang best jugak kadang2 dengar sebelum study..mase form3 rajen gak dengar lagu ni..
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti
kadang-kadang banyak kesulitan yang kita tempuhi semase bergelar student nih dengan assignment, test , quiz , gerak kerja, ...kadang-kadang hubungan kita dengan kawan-kawan pun..semua itu insyaAllah akan menguatkan lagi kita =)
Monday, April 23, 2012
pantai klebang
Assalamualaikum...
sedar
tak sedar lame dah tak update blog dan lame dah aku berade di sem yang
ke-4...Setakat ini, setiap kali hujung minggu, aku memang ambil masa
sedikit sebelah petang untuk menenangkan fikiran, tempat yang selalu dituju sekarang adalah pantai klebang..sebab
dekat dengan kolej kediaman..kadang-kadang dalam kesibukan kita
berfikir, merancang, bekerja, belajar..kita juga perlu masa untuk diri
sendiri, menenangkan fikiran, macam-macam orang macam-macam lah 'skill'
dan caranya untuk merehatkan kepala ...bagi aku, aku berminat dengan
alam semula jadi.. Memang
benar alam ini diciptakan mengikut fitrah. bila melihat rasa tenang. Bunyi deruan ombak,walaupun bunyi itu kuat, berkali kali..tapi ia bukanlah dikatakan bising. Angin
yang bertiup menghembus ke seluruh badan dan tidaklah dirasakan menganggu perjalanan. Malah terasa ingin angin
itu terus menerus menghembuskan anginnya haa. terasa ingin ia terus menyentuh kulit mukaku,menyusur kedalam celah rambut.... aku juga ingin
deruan ombak itu terus berlagu di telingaku. Sungguh tenang. Iramanya
mengasyikkan. Irama yang mengalun zikir kepada Si Pencipta.
teringin nak berkongsi kat dalam blog nih antara gambar yang di 'snap'...
.
.
.
sahabat aku korrrsemm...^.^
.
.
.
sunset.....0.0..
Ya Tuhan, telah ku saksikan nikmat-nikmatmu itu. Namun apakah aku masih tidak mensyukuri? Ampunkan daku...
sedikit perkongsian daripada ayat-ayat suci..
Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 101.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi
dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah
dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang
menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan
perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah
kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Yunus ayat
101)
Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 105.
Yang bemaksud: Dan
berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang
mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang,
sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya. (Yusuf ayat 105)
p/s: semoga aku menjadi dikalangan orang-orang yang bersyukur, bukan duk tengok je kecantikan kekuasaan Allah tetapi menjalankan tugas sebagai hambaNya InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





